Wednesday, 20 February 2013

PENDIDIKAN(AJARAN SESAT)



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPwtpQbh5wHs1enDsPOurWc2P28OJ4gYRvfi1rhkFVOuXwWjHva706fAbEKClYe-HzBlGfH-sEu3OnMuP4uRNhDb4HMTC3PluI19mr1lDtlq4Iaz7VPaZMfaCPT37q5jBaUWlPyscIKc2_/s400/PETA+HALIM.JPG

PETA KONSEP AJARAN SESAT


AJARAN SESAT






PENGERTIAN AJARAN SESAT
• Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.














SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN AJARAN SESAT
• Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya.
• Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.


CIRI-CIRI AJARAN SESAT
• Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.
• Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.
• Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.
• Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
• Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.
• Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.
• Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat.
• Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.
Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

KESAN BURUK MENGAMALKAN AJARAN SESAT

1. Kesan terhadap individu:
(a) akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepadaajaran Islam;
(b) masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat;
(c) minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik;
(d) kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.


2. Kesan terhadap masyarakat:
(a) keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka;
(b) perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat;
(c) berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

3. Kesan terhadap negara:
(a) negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu;
(b) negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.





CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT

Qadiani

1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.
2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.
3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.
5. Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:
(a) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);
(b) beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
(c) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
(d) menghapuskan jihad;
(e) mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;
(f) mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
(g) mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
(h) mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;
(i) menghukum kafir selain penganut Qadiani.




Bahai

1. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.
2. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.
3. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.
4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.
5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.
6. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:
(a) beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;
(b) beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai;
(c) beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);
(d) beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi;
(e) beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;
(f) mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut;
(g) menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;
(h) memansukhkan agama Islam;
(i) menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;
(j) mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.



Taslim

1. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.
2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:
(a) beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad;
(b) beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;
(c) mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
(d) mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
(e) menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;
(f) solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);
(g) menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.



LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT

1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.
2. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.
3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.
4. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.
KUMPULAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzh-4ufPzUFrp3qZfeAFxWD87hU_Dg5SCK95RQspBWx0n6ffI3JkHS0H5K8nagtB-v4uMusLhlkAhwxzIn8udxe5iOyQweXOicKrabsmkBf7_r2gvOk2Loz-YdFMbyIWcbY3N16oWVpzR8/s320/ayah+pin.jpg
Ayah Pin bersama 4 orang isterinya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0q5Y7qE9C0ILsQKGiy_FSaQpF0GsCpCpolEfJsMD53JETUqVSwZDopizoFdBiiPAmBwGtQe-6QAPr8nQzBC2oOCmTg1CdLw2d3ti2z9NavUDdAfeiqnaS0pDrlCr-VH-XnI7Hh9EwnO3Y/s320/sosek.jpg
Golongan berpendidikan tinggi juga tidak terkecuali daripada menjadi pengikut ajaran sesat.

Antara kumpulan ajaran sesat di Malaysia ialah

1.       Nasrul Haq
2.       Budi Suci
3.       Al-Watan
4.       Budi Suci Sejati
5.       Jawa Faradin
6.       Silat Sunda Pukulan Ghaib
7.       Tusuk Hikmat
8.       Ilmu Kebatinan
9.       Potong Maya
10.   Naluri
11.   Kaula
12.   Haqqullah Syahadah
13.   Rampai
14.   Wali Suci
15.   Kalimat Sakti
16.   Silat Pukulan Jarak Jauh
17.   Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18.   Zikir Sha’ban Islam Haq
19.   Asal Wujud Garis Laksmana
20.   Al-Ma’zat
21.   Trancendental Meditation – Maharisi Mahish Yugi
22.   Ilmu Kebatinan
23.   Abdul Manan bin Harun – tolak hadis
24.   Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T. Qahar
25.   Kumpuylan Ikhwan/al-Mas
26.   Kuasa Ghaib (Tahan Diri)
27.   Mohd Nordin Putih
28.   Nasrun S.T. Qahar
29.   Rslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30.   Tariqat Naqsyabandiyyah Kadirun Yahya
31.   Wali Sembilan
32.   Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33.   Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34.   Ajaran Mohd Seman al-Banjari
35.   Al-Arqam
36.   Golongan anti hadis
37.   Ajaran oleh Juruzon bin Abd Latif @ dikenali Hj Ahmad al-Walidie
38.   Syiah
39.   Ajaran Hj Ghazali Othman Hulu Kelang
40.   Ajaran Hj Kadar Ahmad
41.   Ajaran Ilmu Tajali Ahmad Laksamana
42.   Ajaran Ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
43.   Tarikat Mufaridiah
44.   Ajaran Hassan anak rimau
45.   Tarikat Aurad Ismailiah
46.   Ajaran Martabat Tujuh
47.   Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48.   Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)
49.   Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50.   Ajaran Ahmadiah/Qadyani
51.   Ajaran Mohd Nor Seman
52.   Ajatran Ayah Pin
53.   Ajaran Bahai
54.   Al-Maunah
55.   Ajran Azhar Wahab
56.   Ajaran Hj Banuar

Antara kepercayaan atau amalan kumpulan ajaran sesat ini ialah:

1.      mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya
2.      bersumpah tidak akan menceritakan ajaran yang diikutinya kepada orang lain,
3.      mengaku dirinya atau gurunya sebagai nabi
4.      mengaku dirinya memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah SAW seperti pedang dan sebagainya
5.      mempercayai semua ajaran agama adalah sama dan semua menuju ke syurga
6.      mengakui diri sebagai wali atau mempunyai keramat
7.      mempercayai gurunya boleh memberi syafaat di akhirat
8.      mengakui dirinya atau gurunya sebagai Imam Mahdi
9.      meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk.

Kerajaan mempunyai strategi dan platform khusus untuk mengenalpasti dan membanteras ajaran sesat ini antaranya ialah melalui Jawatankuasa Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS), proses pewartaan fatwa yang bermula dari penerimaan aduan, kajian, pembentangan melalui Panel Kajian Akidah (PKA) seterusnya melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang dilaporkan kepada Perdana Menteri dan Majlis Raja-raja serta mempunyai Rancangan 5 tahun bagi memerangi ajaran sesat. .


Sepuluh kumpulan ajaran sesat yang dipercayai masih bergerak aktif di seluruh negara perlu dihapuskan segera kerana dikesan mengamalkan pelbagai amalan yang bercanggah ajaran Islam dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCWwyK7Ui_4RIELlObDPACr-bjy_tLB-UTvDeCqVqlhbkKLItM6R7gahJUvQC_QGilAzWGXjfYe0o-4Fam7b1YWGK6uqt5It7YCdulXMXFcGOKy_nZ_lFIaWYqaQREtuXiZI5hgdaBrec/s400/ajaran+sesat1.jpg

Amalan itu termasuk mengajar ilmu tasawuf dan tarekat bercorak kebatinan; memperkenalkan aliran pemikiran lama dan baru; mengamalkan wirid bercorak kebatinan dalam persilatan, amalan khurafat dan perbomohan.

Kumpulan berkenaan adalah:
  1. Syiah
  2. Al-Arqam atau Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (Rufaqa) atau Global Ikhwan Sdn Bhd
  3. Islam Jamaah
  4. Ajaran Azhar Wahab (Pengasas Al-Mansor Holding Sdn Bhd)
  5. Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah
  6. Pemuda Kahfi
  7. Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Sheikh Nazim
  8. Qadiani/Ahmadiah
  9. Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya 
  10. Ajaran Aurad Islamiah

Kumpulan diatas adalah sebahagian daripada 95 pergerakan yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam dan pegangan Al-Sunnah Wal-Jamaah sama ada oleh Muzakarah Jawatankuasa Majli Fatwa Kebangsaan atau Jawatankuasa Fatwa peringkat negeri di seluruh negara dalam tempoh 20 tahun lalu.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijnFc01a3_DwU1jW8cEmcR5PTYrj4BgBranzTpzAwJ6h9WV5Ltk_r6ZEV-wby1zV_y_hKffIVzct-U0wsd5WxgE3_oE757R5unaVa6qDblkCCsRKFyn7zajwwZApQwKgLhmEKyOZaKxH4/s400/syiah.jpg
ajaran Syiah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNOITmUFmpwuZrcsxaiLA6hulGBDOwsqmbGZeSIrgKIWDQY4wg16hJXYAFLpVbZ9OL1Q19gXf-TJMejJDcSszjhO8B8LJ-B5dnRRsFcUtyw7UCnXxIfb__oZnaG-N3UXLMf6M8GBvzoS8/s400/al-arqam.jpg
pengasa al-arqam; Abuya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDB5d5iiM27s__vhSJ18VOjShLoMhHu2WuvyTrHH715EEVBZ9dDEidpciZCnsVbzgbYuW-iQkqqfkFyiP2_CuSZ0R4q0XdeTUL_hFq_DpJJlOJqiSzHlDeubbodlf5kfhmvD_lluR3dtA/s400/Islam+Jamaah.jpg
Islam Jamaah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDkCoP1oEoZjKKmFwqVvWlRjzN1tBJuBTgB5RekMLvZoLuKC9U5d1leUlwMlS9wZQU-T6R02AeX6bCeMvvYS_0_L8FVF0evqDcup5cKan-8l4eFPSueRp0b3P0VtJbqY8UTpSmJYGEOW8/s400/Naqsyabandiah+Khalidiah.jpg
Ajaran Tarekat Naqsyabandiyah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8iRZ2QWAaLwBZcaeIBPRZJFAVF-VHVDTj61Glz3_vGj4zAwniuRZrfa-U0EFQp6r3Ipw9_EijkBpgJkE0pm6ucNJBjoKvspWgu4H4HCCEAUUHBS_uj3aLHj9mXGfQsAeMgczXopWnYbM/s400/mirza-ghulam-ahmad-nabi-palsu.jpg
Pengasas ajaran Qadiani

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustafa, berkata semua kumpulan itu perlu dihapuskan secepat mungkin oleh pihak berkuasa agama negeri di seluruh negara.

“Kita memandang serius terhadap perkara ini kerana ia membabitkan soal akidah umat Islam serta boleh menjejaskan keamanan di negara ini. Jadi, sepuluh kumpulan ini akan diberi keutamaan untuk dihapuskan bagi mengelakkan ia terus tersebar dalam negara,” katanya.

Othman berkata Jakim dan pihak berkuasa agama negeri juga sedang memantau cubaan sesetengah pihak yang cuba menyebarkan pelbagai ideologi baru seperti pluralisme dan fahaman berbentuk ekstremis dengan memperalatkan golongan pelajar dan tenaga pengajar institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Katanya, fahaman seumpama itu bukan saja merosakkan akidah umat Islam, tetapi turut mengundang pelbagai masalah lain seperti rusuhan agama dan perang saudara.

“Namun, kita terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menangani masalah ini seperti ketidakseragaman undang-undang syariah di peringkat negeri dan salah faham umat Islam terhadap isu akidah termasuk ilmu tarekat dan tasawuf.

“Keadaan itu memaksa kita meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri melakukan kajian, sekali gus menyelaras keputusan berhubungan fatwa pengharaman sesuatu kumpulan ajaran sesat,” katanya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjK8pkSpOAgR_3qGlVt8b6sKyEH_BIuCu2F_AkUPfl7R4XvwkQSY3vJiqdCOAMo4fkMW3UOgZn4U_fc6f_2ukg8_7QhPNl-0YRRuMeuBXnSYw9MD25BZvl7Bek5W8RhJ99EMiTU2Zd9Hg4/s400/ajaran+sesat2.jpg

Beliau berkata, Jakim turut menubuhkan unit penyelidikan untuk memantau dan mengenalpasti mereka yang cuba menyebarkan ajaran sesat dan tarikat yang menyeleweng menerusi blog, laman web sosial seperti Facebook dan twitter.

"Kita mengakui kumpulan ajaran sesat hari ini sentiasa memanipulasi teknologi baru untuk mengembangkan fahaman dan merekrut ahli baru,” katanya.

Saturday, 9 February 2013

DUIT OH PITIH


Banyak duit boleh menjamin kebahagiaan?Ia adalah satu persoalan yang sering menjadi tanda tanya dan perasaan gerun kepada saya. Hari ini semua orang ingin cepat kaya. Asalkan ada peluang, semua akan dibedal. Skim cepat kaya dan pelbagai skim merapu menjadi sasaran demi mencapai matlamat iaitu inginkan duit yang banyak.Bukan DUIT AKU!!!Bukan DUIT AKU!!!Disclaimer: Gambar diatas adalah gambar yang saya ambil daripada skim yang dipromosikan di Facebook. Ia akan di”cilok” oleh orang lain pula selepas ini untuk dijadikan “penyedap” skim cepat kaya.Kata mereka “Bila aku ada duit banyak, aku boleh tolong orang susah”. Begitulah berapi api mereka bercakap.  Namun, persoalannya apabila duit dah banyak, sebanyak manakah yang digunakan untuk menolong orang susah? Rasanya pastikan banyak duit akan digunakan untuk menaiktaraf kekayaan mereka sendiri. Contohnya, beli banglo, kereta ferari dan sebagainya.Kekayaan yang ada tidak mampu untuk memberikan kebahagiaan. Apabila duit menguasai diri, akan berlakunya rasuah dan sebagainya untuk mengkayakan diri dengan lebih banyak duit. Kemudian, mereka akan mula mengejar “kuasa”. Maka bermula lah berjinak-jinak dengan politik untuk mengejar kuasa. Bermulah kehidupan orang politik tipu kanan,tipu kiri. Yang penting, kuasa dapat dan duit pun dapat daripada sogokan mereka yang inginkan sesuatu daripada mereka. Inikah kehidupan yang dikehendaki?HAKIKATNYA DUIT TIDAK MEMBAWA KEBAHAGIAAN!!Apabila sudah kaya dan banyak duit. Ia akan mengundang rasa takut. Bukan takutkan Allah tetapi takutkan manusia. Takutkan manusia yang mungkin akan merompak harta kekayaan mereka. Mereka mula mengupah bodyguard dan pegawai keselamatan di rumah. Inikah bahagia?Apabila ada kematian ahli keluarga. Mereka sibuk menguruskan duit-duit mereka yang banyak. Rumah sewa yang banyak. Saudara yang meninggal dunia disebelah pagar rumah pun diabaikan dan tidak diambil tahu. Orang-orang sekitar dan saudara mara akan mula mencemuh. Inikah bahagia?Apabila mereka meninggal dunia. Anak-anak, isteri-isteri mereka mula saman-menyaman duit mendapatkan harta kekayaan yang ditinggal. Anak saman ibu, ibu saman anak. Akhirnya keluar menjadi kacau bilau. Pastinya tiada lagi doa anak yang soleh sebagai bekalan di alam kubur. Inikah bahagia?Skim cepat kaya biasanya menindas mereka yang baru masuk. Orang lama menjadi kaya dan orang baru masuk dapat habuk. Pastinya ia adalah satu peniayaan kepada mereka. Duit memang dapat, dosa pun tidak kurang banyak dapat kerana melakukan peniayaan dan memakan harta riba. Semua skim cepat kaya mengunakan kaedah riba. Semua ini adalah satu bala kepada diri sendiri di akhirat kelak. Inikah bahagia?Carilah Rezeki Yang HalalCarilah keredhaan Allah. Jauhi sebarang skim cepat kaya yang meniayaan orang lain. Jauhi perkara riba. Ada yang mempertikai kehidupan hari ini yang penuh dengan riba. Ya. Zaman ini pasti semua orang terlibat dengan riba walaupun dengan debu-debu riba. Namun, berusalah untuk menjauhinya. Semoga Allah mengampuni dosa kita. Allah Maha Pengampun.BersedekahlahBagi mereka yang berniat untuk membantu orang, bersedekah lah kepada mereka yang memerlukan. Sedekah terbaik ialah kepada ahli keluarga yang terdekat yang susah. Kemudian barulah kepada orang lain yang disekitar. Andainya ada saudara mara kita yang dalam kesusahan, bantulah mereka. Ia adalah kerana sedekah itulah yang paling afdal.Usah leka Mengejar DuitJangan terlalu leka dalam mengejar duit. Jangan mengabaikan solat. Solat adalah tiang agama.Tanpa agama jiwa anda akan kosong. Tiada lagi ketenangan jiwa. Bersolatlah pasti jiwa akan tenang.Katakan Tidak Kepada Skim Cepat Kaya dan Berusahalah untuk mencari Keredhaan Allah dengan menjalankan perniagaan dan pekerjaan dengan jujur dan amanah.

Saturday, 2 February 2013

akauntasi


  •  Definisi Akuntansi
 Akuntansi adalah sistem informasi yang mengidentifikasi, mencatat, dan mengkomunikasikan aktivitas-aktivitas perekonomian suatu organisasi pada orang yang berkepentingan
  • Pengguna Data Akuntansi Internal Users/Pengguna.

Internal Pengguna internal informasi Akuntansi adalah orang-orang yang berada di dalam suatu organisasi/perusahaan yang merencanakan, mengorganisasi, dan menjalankan bisnis. Mereka termasuk manajer pemasaran, supervisi produksi, direktur keuangan, dan para staff perusahaan. Manager Akuntansi menyediakan laporan internal untuk membantu para pengguna internal dalam membuat keputusan bagi perusahaannya. External Users/Pengguna Eksternal Pengguna eksternal informasi Akuntansi adalah orang-orang atau organisasi-organisasi diluar perusahaan yang berkepentingan untuk mengetahui dan membahas laporann akuntansi suatu perusahaan. Dua tipe pengguna internal yang sangat umum adalah investor dan kreditor. Investor (owner) manggunakan informasi akuntansi untuk membuat keputusan dalam membeli, mempertahankan, atau menjual kepemilikan saham mereka di suatu perusahaan. Kreditor (supplier dan bankir) menggunakan informasi akuntansi suatu perusahaan untuk mengevaluasi resiko dalam meminjamkan uang kepada perusahaan tersebut. Petugas Pajak juga menggunakan informasi akuntansi untuk melihat apakah perusahaan itu telah mematuhi peraturan pajak. Konsumen dan Persatuan Tenaga Kerja juga membutuhkan informasi akuntansi untuk memantau seberapa jauh perusahaan telah mematuhi peraturan kelembagaan yang telah ditetapkan oleh lembaga berwenang.









AKAUNTASI?





  •  Akuntansi merupakan seni dalam mengukur, berkomunikasi serta menginterpretasikan segala bentuk aktivitas keuangan. Secara umum, akuntansi juga dikenal sebagai “bahasa bisnes”. Akuntansi juga bertujuan untuk menyiapkan suatu laporan keuangan yang akurat untuk dapat dimanfaatkan bagi para pembuat keputusan, manajer, dan pihak pembukuan

  • CABANG AKAUN

  • Akuntansi keuangan merupakan suatu cabang dari akuntansi dimana informasi keuwangan pada suatu bisnes yang dicatat, diklasifikasi, dirangkum, diinterpretasikan serta dikomunikasikan. Auditing merupakan suatu disiplin ilmu yang terkait akan tetapi tetap terpisah dari akuntansi. Auditing adalah suatu proses dimana pemeriksa independen memeriksa laporan keuangan suatu organisasi untuk memberikan suatu pendapat atau opini yang logis tetapi tak ada jaminan sepenuhnya mengenai kewajaran dan kesesuaiannya dengan prinsip akuntansi yang umum. Praktisi akuntansi sering disebut dengan akuntan. Akuntan yang bersertifikat resmi memiliki gelar tertentu yang jelas berbeda pada tiap negara.

  • CONTOH 

  • Sebagai contoh adalah Chartered Accountant (FCA, CA, atau ACA), Chartered Certified Accountant (ACCA atau FCCA), Management Accountant (ACMA, FCMA atau AICWA), Certified Public Accountant (CPA), dan Certified General Accountant (CGA). Untuk di Indonesia, akuntan publik yang bersertifikat disebut CPA Indonesia (yang sebelumnya disebut BAP atau Bersertifikat Akuntan Publik).